Wednesday, 21 September 2011

project masjid besi putrajaya



Berkonsepkan seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya.Istimewanya masjid ini kerana masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu "angin", "sederhana" dan "telus". Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.Ciri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjid dipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau "Architectual Wire Mesh" yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil "Kiblat Walk" seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra.


Masjid ini dibina oleh kontraktor Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) di bawah penyeliaan Perbadanan Putrajaya (PPj). Rekabentuk dan senibina masjid ini pula disempurnakan oleh Kumpulan Seni Reka Sdn. Bhd. yang diketuai Ir. Nik Arshad Nik Mohamed.
FAKTA: Kemudahan disediakan:

# Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
# Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
# 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
# Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
# Dapur
# Bilik VIP
# Bilik penyelenggaraan
# Bilik jenazah
# Pejabat
# Bilik kawalan audio visual
# Ruang letak kereta (bawah tanah)

Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat

Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna

Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang

Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara.



Bangunan guna enam ribu tan keluli dan material telus cahaya jadi mercu tanda baru di Putrajaya








Pembinaan masjid dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan. Dengan keluasannya yang sekali ganda lebih luas berbanding Masjid Putra, Putrajaya ia dijangka mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa.

selepas beberapa siri perbincangan, didapati binaan dari struktur keluli dapat memenuhi konsep reka bentuk diinginkan iaitu bangunan yang tidak kelihatan terlalu besar.
Lalu terhasillah sebuah masjid dengan penggunaan 6 ribu tan keluli bersamaan 70 peratus dari keseluruhan binaan manakala selebihnya adalah konkrit.Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus.

Ciri keistimewaan
Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakankonkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarnaputih dari jauh.
Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan menyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ ayat ke-80.
Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.



  • FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya

  • RM180 juta – Kos pembinaan

  • 60,156 – Meter perseti, luas masjid

  • 20,000 – Kapasiti jemaah.